Tuesday 31 March 2015

Kisah Seorang Coach Berselipar Jepun Menambah RM 2 Juta Ke Dalam Jualan Tahunan Syarikat Pelanggannya.

Keajaiban Di Dalam Perniagaan Perlu Dibentuk & Dicipta Sebelum Dipersembahkan.


Berbekalkan penampilan laksana seorang lelaki biasa yang tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan, lelaki ini “dijemput” untuk menyelesaikan masalah perniagaan kepunyaan sahabat kepada kenalan beliau. Tiada rupa yang gah, tiada nama yang gah, tiada seminar yang gah dengan beribu-ribu peserta, lelaki ini sekadar hadir dengan niat ingin membantu sahabat kepada kenalannya.


Jika manusia berselisih dengan coach ini, anda mungkin tiada keinginan pun untuk menegur lelaki ini walaupun beliau sememangnya seorang yang amat menyukai sunnah yang dibawa oleh nabi s.a.w iaitu senyum. Imej lelaki ini sangat jauh berbeza daripada coach perniagaan yang selalu kita lihat di kaca tv mahupun di media sosial, seperti langit dan bumi layaknya.

Mungkin, sahabat kepada kenalan beliau juga langsung tidak meletakkan pengharapan terhadap kemampuan lelaki ini untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaannya.

Keajaiban yang dicipta atau lebih tepat dikatakan sebagai “dibentuk” mula berlaku di dalam bulan ketiga lelaki ini “menggeledah” perniagaan sahabat kepada kenalannya. Peningkatan yang tiba-tiba berlaku kepada jualan bulanan syarikat. Jualan bulan ketiga melonjak tinggi seolah-olah ada kuasa ajaib yang menongkat graf jualan bulanan syarikat tersebut.

Sahabat kepada kenalan lelaki ini mula tersenyum. Syarikat yang pada mulanya muram, kini semuanya bertukar ceria dan bersemangat. Cahaya mula menampakkan dirinya di ufuk timur. Unggas dan fauna menari riang melihat cahaya bersinar.

Bulan demi bulan berlalu, malap berganti terang, tanah kering yang gersang bertukar menjadi tasik, di akhir tempoh kunci kira-kira, terhasillah keajaiban terbesar - 200% peningkatan jualan tahunan berbanding setahun yang lepas.Nilainya? Bukanlah ratusan ribu, tetapi jutaan.

Bukan itu sahaja, rekod jualan tahunan itu juga adalah yang paling tinggi sepanjang kewujudan syarikat tersebut selama lebih dari sepuluh tahun.

Paling menarik adalah kos pemasaran. Hampir-hampir boleh dikatakan tiada peningkatan ketara bagi kos pemasaran. Bagaimana ini boleh berlaku?

Yang pastinya, anugerah dari Tuhan untuk syarikat ini yang berupa ketentuan dariNya. Manusia hanya mampu berikhtiar... Sekadar berusaha... Penentu adalah dari Tuhan Yang Maha Agung.

Kisah drama di atas adalah berdasarkan kisah benar yang melibatkan Don Jose iaitu Coach Utama di MaktabNiaga di dalam perjalanan “kerohanian” beliau terlibat di dalam business coaching. Beliau sendiri adalah seorang entrepreneur dan juga SaintisNiaga yang telah membuat pelbagai eksperimen berkaitan perniagaan semenjak tahun 2000 dengan pelbagai macam kegagalan dan kejayaan.

No comments:

Post a Comment