Thursday 19 March 2015

Bagaimana Menggunakan Kreativiti Di Dalam Perniagaan Untuk Hasil Yang Luar Biasa?

Penggunaan Daya Kreativiti Untuk Pembangunan Perniagaan Kecil & Sederhana


Tiada seorang pun ahli perniagaan yang berjaya, berani atau mampu menolak kaitan dan fungsi pentingnya kreativiti di dalam perniagaan. Hakikat ini tidak boleh disangkal, dan satu noktah wajar diletakkan di sini. 

Jika kita lihat kejayaan Apple dan Steve Job menghasilkan produk yang hebat, salah satu unsur utama yang dikaitkan dengan kejayaan mereka adalah unsur kreativiti. Maka, rugilah kita jika memandang rendah unsur ini. Hasil dari kreativiti juga, dunia menghasilkan produk baru setiap hari, penyelesaian bagi pelbagai jenis masalah perniagaan dan masalah manusia dengan lebih mudah dan pantas, membuat perancangan perniagaan yang lebih rapi dan mampu untuk membuat keputusan yang lebih tepat serta pelbagai kesan positif yang lain.

Tetapi, soalannya, bagaimana kita hendak mendapatkan, mempunyai atau membina daya kreativiti?


Harus diingat bahawa kreativiti yang mampu memberi impak bukanlah sesuatu yang datang tiba-tiba entah dari mana. Kita tidak menjadi kreatif secara tiba-tiba.

Kreativiti secara mudahnya adalah salah satu fungsi minda. Kerana itu kreativiti dan minda selalu disebut sebagai Minda Kreatif atau Kreativiti Minda. Perlu diingat juga bahawa mempunyai ketetapan minda (mindset) yang betul, belum tentu menjamin wujudnya kreativiti. Kreativiti atau daya kreativiti adalah hasil daripada proses pembentukan, iaitu pembentukan daya kreativiti. Makin kuat daya tersebut, semakin tinggi tahap kreativiti seseorang insan. Kerana itu selalunya ia disebut sebagai "Daya Kreativiti Yang Tinggi".

Di peringkat kanak-kanak, daya kreativiti dibentuk untuk tahap-tahap yang bersesuaian melalui metodologi tertentu seperti melukis, seni kraftangan dan sebagainya. Bagaimana pula untuk membentuk atau membina daya kreativiti yang lebih tinggi bagi orang dewasa?

Untuk membentuk daya kreativiti bagi orang dewasa terutama golongan peniaga, tentulah tidak masuk akal jika sekadar menggunakan teknik yang sama seperti kanak-kanak iaitu dengan melukis dan seni kraftangan juga walaupun ianya tidak dinafikan bahawa turut membantu dan memberi kesan kepada daya kreativiti.

Apa solusi yang ada untuk membentuk atau membina daya kreativiti?

Kami amat memahami akan perlunya daya kreativiti tinggi di dalam perniagaan terutamanya bagi perniagaan kecil dan sederhana. Setelah 20 tahun berlalu, dan selama 20 tahun ini juga, kami telah mengumpul pelbagai pengalaman berkaitan penggunaan kreativiti di dalam perniagaan dan bersyukur kerana dapat melihat beberapa hasil yang menakjubkan.

Inilah yang ingin kami kongsikan melalui Kit Niaga 5-in-1 MaktabNiaga yang berupa satu program dengan pelbagai aktiviti. Salah satu modul dan aktiviti yang dimasukkan di dalam program ini adalah berkait Kreativiti Untuk Perniagaan. Sekiranya anda berminat, sila lawati laman web rasmi kami di http://maktabniaga.tr8.my dan dapatkan info lanjut melalui link yang disediakan.

No comments:

Post a Comment