Monday 16 March 2015

Perniagaan Kecil & Mikro Memerlukan Kit Niaga 5-in-1 Sebagai Faktor Kecepatan & Ketangkasan Untuk Berjaya.

Perniagaan Kecil & Mikro Perlu Cepat & Tangkas


Salah satu kelebihan bagi perniagaan bersaiz kecil berbanding perniagaan bersaiz besar adalah kecepatan atau ketangkasan ataupun disebut "agility" di dalam bahasa Inggeris. Namun penting untuk diingatkan, bahawa dek kerana faktor kecepatan ini juga, banyak perniagaan bersaiz kecil (terutama perniagaan bersaiz mikro) yang kecundang atau tidak mampu berkembang. Bagaimana faktor kecepatan ini mempengaruhi bangun dan jatuhnya perniagaan kita?


Secara ringkasnya, faktor kecepatan boleh dilihat di dalam contoh-contoh berikut:

Contoh Perniagaan Besar Perniagaan Kecil
Perancangan modal perniagaan Jangka panjang Jangka pendek
Asas penilaian prestasi perniagaan Tahun Bulan
Kumulatif masa & sumber lain Tinggi - Bersesuaian dengan jumlah kakitangan yang besar.   Rendah - Perniagaan kecil mempunyai jumlah kakitangan yang kecil. Bagi perniagaan mikro mungkin hanya pemilik seorang diri atau bersama isteri.
Pencarian rentak perniagaan CEO sebuah perniagaan besar mungkin mempunyai setahun atau lebih dari itu sebelum berisiko dipecat (secara umum dan mudah). Pemilik atau Pengarah Urusan mungkin hanya mempunyai beberapa bulan sahaja sebelum perniagaan akan mula memasuki zon bermasalah.

Beberapa perkara boleh difahami daripada contoh-contoh di atas dengan mudah, untuk dikaitkan dengan faktor kecepatan yang disebut di dalam perenggan yang pertama tadi, antaranya:

6 Bulan Bagi Perniagaan Kecil & Perniagaan Besar


Di dalam tempoh 6 bulan pertama operasi perniagaan bersaiz besar, besar kemungkinannya masih lagi dianggap sebagai di peringkat permulaan. NAMUN, bagi perniagaan kecil terutama yang bersaiz mikro, di dalam tempoh 6 bulan tersebut mungkin sudah cukup untuk pemilik perniagaan menilai sama ada perniagaan tersebut patut diteruskan atau ditamatkan.

Kita juga boleh menterjemahkan kesimpulan di atas kepada satu ayat lain; KECEPATAN & KETANGKASAN ADALAH KRITIKAL BAGI PERNIAGAAN KECIL & MIKRO. Kecepatan dan ketangkasan ini pula boleh diterjemahkan lagi dengan lebih mendalam lagi iaitu perniagaan kecil wajib mempunyai atau telah bersedia dengan segala alatan (business tools) dan ilmu pengetahuan sebaik-baiknya sebelum perniagaan tersebut bermula.

Bagi perniagaan kecil atau mikro yang telah bermula pula, kita boleh menganggap keperluan tersebut telah menjadi satu keperluan yang amat kritikal. Kerana jam randik bagi perniagaan anda telah dimulakan dan akan terus bergerak atau berdetik sebelum sampai satu ketika yang memaksa anda sebagai pemilik perniagaan tersebut, dipaksa mematikan jam randik tersebut.

Faktor Kritikal Bagi Perniagaan Kecil & Solusi


Faktor keperluan kritikal bagi perniagaan kecil inilah yang telah mencetuskan program 5-in-1 MaktabNiaga yang menggabungkan sistem perakaunan, latihan, bengkel niaga mini, business coaching serta kedai online (beserta modul 3-in-1).

Program Kit Niaga 5-in-1 ini yang melibatkan pelbagai aktiviti untuk tempoh 1 bulan atau 30 hari, diharapkan agar mampu menyediakan usahawan perniagaan kecil dan mikro dengan alatan (business tools) dan juga ilmu pengetahuan yang kritikal untuk menyokong usaha mereka dan meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya di dalam membina perniagaan mereka.

Mengenal Pasti Masalah Perniagaan Kecil Anda


Program ini juga turut melibatkan aktiviti mengenal pasti masalah perniagaan serta mencari solusi berpotensi sebagai jalan keluar dari masalah tersebut yang akan dilakukan sepanjang tempoh program selama 1+30 hari tersebut.

Sekiranya anda terlibat di dalam perniagaan bersaiz kecil dan mikro, Program Kit Niaga 5-in-1 ini adalah wajar untuk anda pertimbangkan.

Sila lawati laman web rasmi MaktabNiaga di http://maktabniaga.tr8.my untuk info lain serta capaian untuk berhubung dengan kami.


No comments:

Post a Comment