Wednesday 18 March 2015

Latihan Berkaitan Perniagaan & Business Coaching, Kenapa Business Coaching Patut Didahulukan?

Program Business Coaching di dalam Kit Niaga 5-in1 MaktabNiaga


Mungkin kita sudah selalu mendengar 2 perkara ini iaitu latihan berkaitan perniagaan dan business coaching, tetapi yang mana satu lebih penting? Memang diakui bahawa kedua-duanya penting. Namun begitu, yang mana satu paling relevan untuk anda?


Mari kita buat satu perbandingan bagi kedua-dua perkara ini:

Konteks Latihan Berkaitan Perniagaan Business Coaching
Contoh. Anda menyertai Latihan Teknik Jualan. Anda menyertai sesi Business Coaching untuk menyelesaikan masalah jualan anda tidak meningkat.
Fokus sesi. Fokus kepada skop atau modul latihan tersebut tanpa mengambil kira sama ada berkenaan dengan masalah yang sedang anda hadapi atau tidak. Fokus kepada masalah yang sedang anda hadapi atau yang anda maklumkan kepada Coach.
Saiz Skop Secara kasarnya luas mencakupi seluruh tajuk latihan. Spesifik kepada masalah yang sedang anda hadapi.
Tempoh masa. 1-2 hari bergantung kepada banyaknya modul latihan tersebut Lebih daripada 1 hari sehingga masalah selesai. Bagaimanapun, mempunyai had maksima tertentu contohnya sebulan bahkan mungkin hingga ke setahun. 
Kaedah utama. Melengkapkan peserta latihan dengan ilmu untuk dipraktikkan selepas sesi latihan Membantu peserta Business Coaching untuk menyelesaikan masalah ketika itu.
Nota: Perbandingan di atas hanyalah satu perbandingan mudah untuk menjustifikasi perkara yang ingin ditimbulkan di dalam artikel ini.

Berdasarkan perbandingan di atas, kesimpulan mudah yang boleh dihasilkan adalah, Business Coach lebih relevan kepada para peniaga yang sedang menghadapi cabaran semasa yang perlu diselesaikan. Adakah anda sedang menghadapi sesuatu masalah berkaitan perniagaan anda? Jika ya, Business Coaching adalah yang sepatutnya menjadi pilihan anda ketika ini.

Manakala latihan berkaitan perniagaan pula adalah satu langkah atau aktiviti yang patut dilakukan secara berterusan untuk melengkapkan para peniaga dengan ilmu berkaitan perniagaan yang penting. Sekiranya anda bukan sedang meghadapi masalah, anda patut mencari latihan-latihan berkaitan perniagaan yang patut anda sertai untuk menambah pengetahuan anda.

Memandangkan betapa pentingnya Business Coaching bagi para peniaga, dengan itu terhasillah Kit Niaga 5-in-1 dari MaktabNiaga. Satu program yang unik dengan menggabungkan latihan perakaunan, aplikasi perakaunan, kedai online, bengkel niaga mini dan Business Coaching.

Segalanya di dalam satu program, satu kos untuk program selama 1+29 hari.

No comments:

Post a Comment