Wednesday 1 April 2015

5 Strategi Untuk Perniagaan Kecil & Mikro Berkait Pemasaran Online, Kedai Online & Model Perniagaan.



Walaupun perniagaan anda hanyalah perniagaan bersaiz kecil & mikro, mahupun peniaga home-based, anda tetap perlukan strategi terutamanya apabila melibatkan pemasaran online. Berkembangnya teknologi dan juga bertambah biaknya aplikasi berasaskan web pada hari ini telah mewujudkan satu senario baru di Malaysia atau di dalam konteks artikel ini lebih tepat dipanggil hype, iaitu semua orang ingin mempunyai kedai online atau umum memanggilnya Online Shop.

Setiap hari, pasti ada sahaja kedai online yang baru dibuka. Seronok dan meriah kerana tiba-tiba, semua orang mahu menjadi Amazon.com atau Barnes & Nobles. Maka bergendang-gendanglah dan bercanang-cananglah akan pembukaan kedai online masing-masing dengan masing-masing punya gendang dan canang.

Apa yang orang ramai tidak sedar adalah, sehingga penghujung tahun, tahap penghasilan dari kedai online, sebahagian besarnya mungkin tidak cukup pun untuk membayar kos pembangunan kedai online serta segala “perkakasan” seperti hosting dan sebagainya.

KENAPA? APA? Terdapat banyak faktor yang boleh digunakan sebagai sebab dan juga alasan bagi kegagalan kedai online ini. Salah satunya adalah Business Model. Di dalam Bahasa Inggeris disebut Sustainable Business Model. Oleh kerana artikel ini bukan untuk membincangkan bab ini secara spesifik, kita akan teruskan dengan bab seterusnya iaitu saranan tentang apa yang patut anda fikirkan apabila anda ingin memasuki dunia online untuk aktiviti pemasaran anda. Mari kita lihat 5 saranan mudah untuk difikirkan.

5 Saranan Strategi Perniagaan Online Untuk Perniagaan Kecil & Mikro Di Malaysia.


Saranan yang diperkenalkan di bawah hanyalah sebagai panduan umum. Anda tidak perlu mengambilnya 100%, tetapi memadai jika anda baca sehingga akhir dan buat keputusan anda.

Letakkan Kedai Online Sebagai Pilihan Yang Terakhir Di Dalam Senarai Implementasi Strategi Pemasaran Online Anda.


Strategi ini mungkin akan dianggap oleh Marketer yang berperwatakan Optimus Prime sebagai satu langkah ke belakang. Untuk perniagaan anda, jika anda cenderung kepada memilih jalan yang lebih kepada langkah demi langkah, sila gunakan tips ini dan Biarkan Luncai Dengan Labu-Labunya.

Jika anda ada terfikir di dalam minda anda sesuatu yang berkaitan aplikasi untuk Android, IOS dan sebagainya, langkah terbaik adalah untuk meletakkan aplikasi mobile sebagai langkah seterusnya SELEPAS Kedai Online. Bukan lupakan terus, cuma simpan di belakang kerana di kemudian hari nanti, anda mungkin perlu mengeluarkannya semula.

Fokuskan Aktiviti Pemasaran Kepada Laman Web & Portal Perniagaan Online Yang Sedia Ada Di Pasaran.


Terdapat pelbagai laman web dan portal berkait perniagaan di internet yang berkesan. Antara nama-nama yang patut anda pertimbangkan adalah Mudah.my, Majalah.com, Lazada.my dan pelbagai lagi. Anda boleh membuat kaji selidik anda sendiri untuk mencari laman yang terbaik untuk perniagaan anda sendiri.

Selain itu, anda juga boleh memilih Groupon Malaysia jika anda ingin menggunakan strategi pemasaran menggunakan kupon. Terdapat pelbagai lagi laman web seperti ini yang fokus kepada pasaran di Malaysia.

Kenapa anda perlu fokus kepada aktiviti pemasaran di laman-laman ini? Asasnya mudah --- They Have The Crowd iaitu pengguna sedia ada yang ramai. Anda hanya perlu tap ke user base mereka. Asalkan, anda tahu bagaimana untuk menarik mereka. Bagaimana cara untuk menarik perhatian pengguna mereka? Sekali lagi, tidak lain tidak bukan, sudah semestinya anda perlu membuat kajian anda sendiri.

Apa lagi yang anda perlukan?

Blog! Anda MUNGKIN tidak perlukan laman web pun jika anda hanyalah peniaga home-based. Tetapi, jika anda mempunyai blog, ianya adalah lebih menceriakan. Bina blog anda secara percuma di Blogspot.com dan mulakan perkongsian anda. Bagaimanapun, adalah lebih baik anda belajar serba sedikit teknik menggunakan blog sebagai business tool untuk hasil yang lebih baik.

Membina Tapak Yang Kukuh Di Laman Jaringan Sosial Utama Di Malaysia


Rakyat Malaysia adalah antara manusia di dunia ini yang teramat suka bergosip dan berkawan! Kerana itu tidak mengejutkan jika Malaysia adalah antara negara pengguna Facebook yang peratusan rakyatnya mempunyai akaun Facebook paling tinggi di dunia.

Maka rugilah jika kita sebagai usahawan tidak mengambil peluang yang ada di Facebook.

Bina Facebook Page perniagaan anda dan mulakan komunikasi dan usaha anda untuk membina tapak atau di dalam konteks penjenamaan dipanggil Brand Touchpoint iaitu satu titik di mana anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan dan bakal pelanggan anda.

Malah penting juga untuk anda melihat laman jaringan sosial yang lain seperti Twitter, Linkedin dan sebagainya. Terokalah dan lihatlah jika pelanggan dan bakal pelanggan anda turut berada di sana.

Fokus Kepada Pembinaan Customer Base


Baiklah, jika anda telahpun mengikuti tips-tips di atas, aktiviti anda seterusnya adalah membina Customer Base anda. Err... Maksudnya dapatkan pelanggan, berikan khidmat terbaik untuk pelanggan anda, berikan kepuasan kepada mereka dan dapatkan lebih banyak pelanggan melalui mereka dan jaga pelanggan anda sebaik mungkin. Inilah Customer Base anda. Kemudian, bina dan kembangkan lagi Customer Base anda. Kemudian? Bina dan kembangkan lagi Customer Base anda. Kemudian? Sambung semula ayat sebelum ini.

Sertai Program Kit Niaga 5-in-1 Untuk Sustainable Online Business Model Yang Unik


Selain daripada di atas, anda boleh menyertai Program Kit Niaga 5-in-1 MaktabNiaga. Program ini adalah satu program berbentuk robust yang turut menawarkan anda kedai online, tetapi mempunyai model perniagaan yang amat berbeza dengan apa yang ada di pasaran. Anda boleh melawat http://maktabniaga.tr8.my untuk info lanjut.

Sekian sahaja, semoga info di atas bermanfaat untuk anda sedikit sebanyak dan boleh membantu anda untuk mencetus lebih banyak idea untuk perniagaan anda. Selamat Berjaya.

No comments:

Post a Comment