Wednesday 15 April 2015

Strategi Meningkatkan Jualan Menggunakan Model IMPACT & SCALING.


Strategi Meningkatkan Jualan Model IMPACT & SCALING oleh Don Jose Yusri


Untuk meningkatkan jualan, kita perlukan strategi! Adakah boleh meningkatkan jualan tanpa strategi? Boleh! Memang benar peningkatan jualan boleh berlaku tanpa strategi, tetapi ia serupa seperti meletakkan mesej  untuk dihantar kepada teman lelaki anda, di dalam botol dan menghanyutkan botol tersebut ke laut. Jika Tuhan berkehendak, memang tidak boleh dinafikan, ianya boleh berlaku iaitu mesej tersebut akan sampai juga kepada teman lelaki anda. Tetapi, sebagai tanda ikhtiar dan usaha kita sebagai manusia, kita tetap perlukan strategi untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mencapai hajat di hati atau di dalam konteks artikel ini, meningkatkan jualan.


Maka, kali ini kita akan berkisah kepada strategi meningkatkan jualan menggunakan Model IMPACT & SCALING. Sila rujuk gambar di bawah. Strategi ini bukan strategi konvensional yang anda boleh jumpa dan diperkatakan di dalam buku atau kursus pemasaran yang ada di pasaran. Model ini dibina oleh saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terlibat di dalam perniagaan dan syarikat yang bermodal besar dan bermodal kecil.

Terdapat 2 pilihan strategi berdasarkan Model Impact & Scaling:

Strategi Jualan IMPACT

Kesesuaian Penggunaan Strategi Jualan Ini:


  • Perniagaan bersaiz besar.
  • Mempunyai budget atau peruntukan belanjawan pemasaran yang besar.
  • Memerlukan perancangan yang kemas untuk menghasilkan impak.
  • Memerlukan tenaga kerja dan sumber yang besar, yang selalunya tidak menjadi masalah bagi perniagaan bersaiz besar.
  • Memerlukan data & info yang tepat dan lengkap untuk dilaksanakan.
  • Memerlukan campurtangan dan input berkreativiti tinggi.
  • Kesan atau impak bercampur-campur dan secara dasarnya, The Best, The Worst ataupun So... So... yang bermakna disaster bagi perniagaan tersebut.


Strategi Jualan SCALING

Kesesuaian Penggunaan Strategi Jualan Ini:


  • Perniagaan semua saiz.
  • Paling efisien, efektif & feasible untuk perniagaan bersaiz kecil, mikro & home-based.
  • Mempunyai budget atau peruntukan belanjawan pemasaran yang kecil & teramat terhad. 
  • Tidak memerlukan perancangan yang kompleks.
  • Tidak memerlukan tenaga kerja dan sumber yang besar.
  • Data & info tidak semestinya satu faktor kritikal.
  • Tidak memerlukan daya kreativiti yang tinggi.
  • Tiada had kemampuan capaian.


Sekiranya perniagaan anda hanyalah sebuah perniagaan kecil, anda mengharapkan IMPAK, mungkin anda telah melakukan kesilapan. Sedangkan ada alternatif lain yang terbaik untuk anda yang patut anda kejar iaitu Strategi Jualan SCALING.

Untuk maklumat lanjut, tentang teknik terbaik bagi Strategi SCALING, anda boleh menghubungi MaktabNiaga untuk program-program yang berkaitan. Sila lawat http://maktabniaga.tr8.my



No comments:

Post a Comment