Friday 3 April 2015

Program Latihan Perniagaan 1+29 Hari Untuk Memaksimumkan Tahap Pembelajaran

Latihan & Kursus Perniagaan Untuk Pencapaian Maksimum

Kita selalu mendengar tentang program latihan perniagaan setengah hari, satu hari, dua hari & tiga hari. Tetapi, sebahagian kita mungkin tidak pernah mendengar program latihan yang berlanjutan sehingga 30 hari MELAINKAN untuk kursus latihan perniagaan spesifik jangka pendek yang biasanya berlanjutan sehingga 3 bulan atau setengah tahun.

Seperti yang difahami umum, tidak semua orang mempunyai kemampuan mempelajari sesuatu dengan cepat. Ini bukanlah bermakna mereka tidak boleh melakukannya, bahkan sebenarnya mereka boleh. Kami di MaktabNiaga menganggap situasi tersebut adalah berkaitan dengan set pengalaman pembelajaran berbeza para peserta yang datang dari pelbagai kelompok masyarakat serta tahap pendidikan dan sebenarnya BUKANLAH tahap kemampuan individu.

Sebagai contoh, semasa zaman persekolahan, jika anda dari aliran sains sosial dan kemudian menyambung pelajaran di peringkat diploma atau ijazah di dalam bidang berkaitan fizik, pastilah akan ada kesukaran yang besar bagi anda. Tetapi ini tidak bermakna anda tidak mampu. Bagi para pelajar aliran sains, pasti lebih cepat dan mudah kerana set pengalaman pembelajaran semasa di sekolah turut melibatkan fizik.

Maka, melalui Program Kit Niaga 5-in-1, program khusus untuk perniagaan kecil & mikro ini, adalah merupakan satu program latihan perniagaan yang unik kerana turut mengambil kira faktor perbezaan set pengalaman para peserta. Program ini menggabungkan pelbagai modul kritikal untuk perniagaan kecil & mikro dan disertakan dengan beberapa aplikasi berkomputer yang telah diuji kesesuaian penggunaannya secara spesifik untuk kumpulan perniagaan kecil dan mikro.

Untuk memaksimakan proses pembelajaran, program Kit Niaga 5-in-1 ini berjalan selama 30 hari di mana ia melibatkan latihan, bengkel niaga serta proses bimbingan bagi para peserta atau usahawan perniagaan kecil dan mikro sehingga mereka benar-benar yakin dan mampu untuk melakukannya sendiri.

Sepanjang tempoh 30 hari program latihan perniagaan unik ini, para peserta sentiasa boleh merujuk dan berbincang dengan pengajar dan coach program untuk memaksimakan tahap pencapaian para peserta.

Di dalam tempoh program latihan perniagaan ini, para peserta turut diberikan program coaching khas di mana para peserta boleh bekerjasama dengan coach untuk menyelesaikan masalah dan cabaran di dalam perniagaan mereka secara profesional. Program coaching perniagaan khas ini ditawarkan di dalam dua bentuk iaitu melibatkan sesi berkumpulan dan juga sesi persendirian yang bertujuan untuk memelihara maklumat-maklumat sulit perniagaan peserta.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang program latihan perniagaan unik di Malaysia ini, sila lawati laman web rasmi MaktabNiaga di http://maktabniaga.tr8.my atau anda juga boleh melawat blog rasmi di http://maktabniaga.blogspot.com

No comments:

Post a Comment