Tuesday 7 April 2015

8 Tips Mudah Untuk Membina Jenama Peribadi Di Laman Sosial

Tips Membina Jenama Peribadi DI Laman Sosial


Cara yang paling mudah untuk membina jenama peribadi di laman sosial adalah dengan PENGLIBATAN atau di dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai PARTICIPATION di dalam perbincangan umum di laman sosial.

Tips yang disediakan di bawah hanyalah satu panduan mudah dan umum untuk mereka yang baru hendak bermula sebagai individu yang aktif di dalam perbincangan di laman sosial:

Tips 01: Libatkan diri di dalam perbincangan yang berkualiti dan mempunyai kaitan dengan perniagaan anda. Yang terbaik adalah perbincangan berasas ilmiah.

Tips 02: Jauhkan diri anda daripada perbincangan berkaitan politik atau sebarang perbincangan yang mempunyai unsur fitnah dan lain-lain perkara yang negatif.

Tips 03: Jauhkan diri anda daripada perbincangan yang terdapat “Quarrel Maker” atau peserta yang suka mengapi-apikan pergaduhan dan bantah membantah di dalam perbincangan.

Tips 04: Tinggalkan dan abaikan perbincangan yang mempunyai unsur-unsur di atas. Tujuan kita menyertai perbincangan adalah untuk menyumbang pandangan serta belajar menjadi pendengar yang baik.

Tips 05: Mulakan penglibatan anda di dalam mana-mana perbincangan sebagai “pendengar” dan pemerhati terlebih dahulu buat seketika. Tujuannya adalah untuk memahami kronologi perbincangan tersebut. Pastikan anda membaca daripada peringkat awal komen tersebut.

Tips 06: Jangan kedekut untuk memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang idea atau pendapat di dalam perbincangan tidak kira sama ada idea tersebut memang yang terbaik atau tidak, tepat atau tidak. Kadang-kadang, idea tersebut boleh menyumbang kepada idea lain yang lebih baik.

Tips 07: PALING PENTING, jangan malu dan segan untuk terlibat di dalam perbincangan dan menyumbang idea walau siapa jua yang terlibat di dalam perbincangan tersebut. Lupakan sahaja pangkat atau tahap bintang peserta tersebut. Ini adalah perbincangan sosial! Melainkan perbincangan tersebut sememangnya dikhaskan untuk orang-orang tertentu sahaja.

Tips 08: Sekiranya ilmu pengetahuan anda kurang di dalam topik yang diperbincangkan, mungkin anda boleh berfungsi sebagai penyokong idea peserta lain. Yang penting, anda mesti MELIBATKAN DIRI. Ini secara tidak langsung akan membina keyakinan diri dan pada masa yang sama boleh menambah pengetahuan anda berkaitan topik tersebut.

Tips yang dinyatakan di atas adalah sebagai langkah permulaan anda untuk berjinak-jinak dengan penglibatan di dalam perbincangan sosial.

Selamat mencuba skil baru anda!




1 comment: