Tuesday 31 March 2015

Kisah Seorang Coach Berselipar Jepun Menambah RM 2 Juta Ke Dalam Jualan Tahunan Syarikat Pelanggannya.

Keajaiban Di Dalam Perniagaan Perlu Dibentuk & Dicipta Sebelum Dipersembahkan.


Berbekalkan penampilan laksana seorang lelaki biasa yang tidak punya apa-apa yang boleh dibanggakan, lelaki ini “dijemput” untuk menyelesaikan masalah perniagaan kepunyaan sahabat kepada kenalan beliau. Tiada rupa yang gah, tiada nama yang gah, tiada seminar yang gah dengan beribu-ribu peserta, lelaki ini sekadar hadir dengan niat ingin membantu sahabat kepada kenalannya.


Usahawan Wajib Tahu: Faktor 4P Pemasaran, Bahagian 1 - Place.

Usahawan Wajib Tahu: Faktor 4P Pemasaran


Sedikit mengelirukan jika kita cuba menggunakan direct translation bagi salah satu “P” yang pertama bagi faktor 4P pemasaran bagi set yang pertama iaitu PLACE. Jika menggunakan direct translation ia membawa makna TEMPAT di dalam Bahasa Malaysia. Memang betul jika anda mengatakan “boleh juga”. Tetapi bagi mendefinisikan dengan lebih tepat, adalah jauh lebih mudah jika kita menyebutnya sebagai PASARAN. Apa itu pasaran yang dimaksudkan?


Thursday 19 March 2015

Tambahan Info Terbaru Di Laman Web MaktabNiaga

Kemaskini Laman Web Rasmi MaktabNiaga: Program Kit Niaga 5-in-1.


Laman web rasmi MaktabNiaga telah dikemaskini dengan lebih banyak info untuk membantu para pelawat di dalam proses penilaian program yang ditawarkan.

Sila ke http://maktabniaga.tr8.my untuk mendapatkan info terbaru berkenaan Kit Niaga 5-in-1.

Bagaimana Menggunakan Kreativiti Di Dalam Perniagaan Untuk Hasil Yang Luar Biasa?

Penggunaan Daya Kreativiti Untuk Pembangunan Perniagaan Kecil & Sederhana


Tiada seorang pun ahli perniagaan yang berjaya, berani atau mampu menolak kaitan dan fungsi pentingnya kreativiti di dalam perniagaan. Hakikat ini tidak boleh disangkal, dan satu noktah wajar diletakkan di sini. 

Jika kita lihat kejayaan Apple dan Steve Job menghasilkan produk yang hebat, salah satu unsur utama yang dikaitkan dengan kejayaan mereka adalah unsur kreativiti. Maka, rugilah kita jika memandang rendah unsur ini. Hasil dari kreativiti juga, dunia menghasilkan produk baru setiap hari, penyelesaian bagi pelbagai jenis masalah perniagaan dan masalah manusia dengan lebih mudah dan pantas, membuat perancangan perniagaan yang lebih rapi dan mampu untuk membuat keputusan yang lebih tepat serta pelbagai kesan positif yang lain.

Tetapi, soalannya, bagaimana kita hendak mendapatkan, mempunyai atau membina daya kreativiti?


Wednesday 18 March 2015

Latihan Berkaitan Perniagaan & Business Coaching, Kenapa Business Coaching Patut Didahulukan?

Program Business Coaching di dalam Kit Niaga 5-in1 MaktabNiaga


Mungkin kita sudah selalu mendengar 2 perkara ini iaitu latihan berkaitan perniagaan dan business coaching, tetapi yang mana satu lebih penting? Memang diakui bahawa kedua-duanya penting. Namun begitu, yang mana satu paling relevan untuk anda?

Monday 16 March 2015

Perniagaan Kecil & Mikro Memerlukan Kit Niaga 5-in-1 Sebagai Faktor Kecepatan & Ketangkasan Untuk Berjaya.

Perniagaan Kecil & Mikro Perlu Cepat & Tangkas


Salah satu kelebihan bagi perniagaan bersaiz kecil berbanding perniagaan bersaiz besar adalah kecepatan atau ketangkasan ataupun disebut "agility" di dalam bahasa Inggeris. Namun penting untuk diingatkan, bahawa dek kerana faktor kecepatan ini juga, banyak perniagaan bersaiz kecil (terutama perniagaan bersaiz mikro) yang kecundang atau tidak mampu berkembang. Bagaimana faktor kecepatan ini mempengaruhi bangun dan jatuhnya perniagaan kita?


Tuesday 10 March 2015

Senarai Ciri-Ciri Sistem Perakaunan Yang Ditawarkan Melalui MNIAGA Kit Niaga Untuk Perniagaan Kecil

Sistem Pengurusan Perakaunan Perniagaan Kecil
Sistem Perakaunan Untuk Perniagaan Kecil Dengan Ciri-Ciri Terbaik & Lengkap untuk pengurusan perniagaan yang lebih cekap

 

Sistem Perakaunan Lengkap Bagi Keperluan Perniagaan Kecil & Sederhana.

Secara ringkasnya, ciri-ciri bagi sistem perakaunan yang kami tawarkan melalui MNIAGA - Kit Niaga Perniagaan Kecil adalah amat lengkap berbanding sistem perakaunan yang sedia ada di pasaran yang disasarkan untuk perniagaan kecil. Mungkin anda boleh mencari di pasaran dan membuat kajian dan perbandingan sendiri. Kami berkeyakinan bahawa ketika artikel ini ditulis, tiada sistem perakaunan yang menawarkan ciri-ciri yang setara dengan sistem perakaunan ini.

Terdapat beberapa lagi ciri-ciri yang PENTING untuk memenuhi keperluan  perniagaan kecil yang TIADA ditawarkan oleh sistem perakaunan lain di pasaran ketika ini. Info tersebut akan kami nyatakan di dalam posting kami yang akan datang, sebagai satu senjata rahsia.

Sistem Perakaunan Untuk Cukai GST Bagi Perniagaan Kecil.

Sekiranya anda prihatin tentang Cukai GST pula, sistem perakaunan ini boleh disesuaikan untuk menyokong perlaksanaan cukai GST di dalam perakaunan syarikat anda. Hanya dengan sedikit sentuhan di setting & konfigurasi, sistem perakaunan anda akan sedia untuk GST.


Dengan Berkat Baginda Nabi Muhammad Yang Dikasihi Allah & Umatnya, Kami Memulakan Kata-Kata Kami Di Laman Web

MaktabNiaga: Modul kursus & latihan untuk perniagaan kecil & sederhana

Laman web rasmi MaktabNiaga boleh dilawati di http://maktabniaga.tr8.my untuk info rasmi berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan untuk perniagaan kecil dan sederhana


Dengan Lafaz Bismillah, Tuhan Yang Maha Agung, Kami Memulakan Tapak Di Facebook

MaktabNiaga: Modul latihan untuk perniagaan kecil dan sederhana
MaktabNiaga: Penyedia Latihan & kursus untuk perniagaan kecil

Jemput ke FB Page MaktabNiaga

Nota: Promosi akan dipaparkan di FB Page terlebih dahulu. Sila ke sana untuk info berkaitan promosi.