Melihat ke hadapan untuk menyediakan generasi niaga berprestasi tinggi & berdaya saing untuk mengungguli cabaran.
Monday 27 April 2015
Program Mini Hunting Pack Untuk Usahawan Kecil & Mikro Malaysia
Kenapa model pemasaran baru amat diperlukan oleh peniaga kecil dan mikro di Malaysia. Secara umumnya, sebagai peniaga kecil dan mikro, ramai di antara kita yang tidak bermodal besar. Tidak bermodal besar bermakna, kurang kemampuan. Apatah lagi jika ilmu pun kurang.
Program Mini Hunting Pack ini adalah khusus untuk peniaga kecil dan mikro. Satu program yang menjurus ke arah perkongsian sumber dan bergerak bersama sebagai satu kumpulan.
Program ini juga sesuai bagi produk dan perkhidmatan. Begitu juga bagi peniaga pasar malam. Terdapat pecahan modul khusus untuk kategori peniaga seperti itu.
Sekiranya anda mempunyai ramai rakan yg terlibat di dalam perniagaan, mungkin anda boleh mewujudkan satu kumpulan dan mendaftar untuk program Mini Hunting Pack ini.
Sekiranya berminat untuk mendapat info lanjut, sila isi borang berikut untuk penilaian kami.
http://goo.gl/forms/GROmZc2Tvp
Dari sini, lebih banyak info yang akan kami berikan untuk memberi pemahaman yang lebih jitu tentang program ini.
Wednesday 15 April 2015
Strategi Meningkatkan Jualan Menggunakan Model IMPACT & SCALING.
Strategi Meningkatkan Jualan Model IMPACT & SCALING oleh Don Jose Yusri |
Untuk meningkatkan jualan, kita perlukan strategi! Adakah boleh meningkatkan jualan tanpa strategi? Boleh! Memang benar peningkatan jualan boleh berlaku tanpa strategi, tetapi ia serupa seperti meletakkan mesej untuk dihantar kepada teman lelaki anda, di dalam botol dan menghanyutkan botol tersebut ke laut. Jika Tuhan berkehendak, memang tidak boleh dinafikan, ianya boleh berlaku iaitu mesej tersebut akan sampai juga kepada teman lelaki anda. Tetapi, sebagai tanda ikhtiar dan usaha kita sebagai manusia, kita tetap perlukan strategi untuk meningkatkan kebarangkalian untuk mencapai hajat di hati atau di dalam konteks artikel ini, meningkatkan jualan.
Tuesday 7 April 2015
8 Tips Mudah Untuk Membina Jenama Peribadi Di Laman Sosial
Friday 3 April 2015
Program Latihan Perniagaan 1+29 Hari Untuk Memaksimumkan Tahap Pembelajaran
Latihan & Kursus Perniagaan Untuk Pencapaian Maksimum |
Kita selalu mendengar tentang program latihan perniagaan setengah hari, satu hari, dua hari & tiga hari. Tetapi, sebahagian kita mungkin tidak pernah mendengar program latihan yang berlanjutan sehingga 30 hari MELAINKAN untuk kursus latihan perniagaan spesifik jangka pendek yang biasanya berlanjutan sehingga 3 bulan atau setengah tahun.
Wednesday 1 April 2015
5 Strategi Untuk Perniagaan Kecil & Mikro Berkait Pemasaran Online, Kedai Online & Model Perniagaan.
Walaupun perniagaan anda hanyalah perniagaan bersaiz kecil & mikro, mahupun peniaga home-based, anda tetap perlukan strategi terutamanya apabila melibatkan pemasaran online. Berkembangnya teknologi dan juga bertambah biaknya aplikasi berasaskan web pada hari ini telah mewujudkan satu senario baru di Malaysia atau di dalam konteks artikel ini lebih tepat dipanggil hype, iaitu semua orang ingin mempunyai kedai online atau umum memanggilnya Online Shop.
Subscribe to:
Posts (Atom)